Monday, October 19, 2015

#fifyaddamnikah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 29 Ogos 2015, sah bergelar isteri kepada Addam bin Hashim setelah 5 tahun lebih berkawan. Dah sebulan lebih berlalu, baru dan nak update. EH macam tak percaya je! 
[ENTRY BERGAMBAR]

tengah siap-siap ni.  since nak tunang ke nikah makcik ni dok prepare kite.


touch up sikit. 

"hello, awak kat mana dah tu?"

emm baru rasa nebes sikit time ni, dah nampak bakal suami kat depan.

the crowd.

lafaz sakinah bermula.

alhamdulillah..sekali lafaz..

eh! malu-malu pulak hihi

surat nikah sementara.

ni wali kite, juga ayahanda kite, Mohd Noor bin Jaafar.

kawan-kawan arwah bonda.

my family belah bonda, johorean.

kawan satu ward ngan kite. wana n ain. dua-dua nak nikah dah awal tahun depan.

kakak ipar kite, kak alin :)

kawan baik kite dunia akhirat. tak pernah tak ada.

dua kawan baik kite dunia akhirat.

dulang's girl.


dulang's boy.

much love!

Yayy! Dah kawen. Hee suka sangat baju nikah kitorang.

Alhamdulillah terima kasih semua yang di belakang dan depan tabir. You know yourself! Thank you so much!

Baju Nikah by : Butik Umairah, Medan Mara 
Mekap by : instagram ruqayyamakeup. facebook RuQayya Make Up
Henna by :instagram zurarahim_henna


pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

Thursday, June 18, 2015

B2B : banyakkkkk benda tak buat lagi!

Assalamualaikum & hai!

Short entry je ni. Dah malas nak update tentang Langkawi Day 3 sebab malas nak bukak laptop. HAHA! Been busy juga lately since lagi dua bulan lebih je nak menjadi pengantin (insyaAllah, doakan ye semoga dipermudahkan) kikiki. Banyak benda sebenarnya tak buat lagi.

Antaranya :  
  • all the boranggggggggs
  • baju nikah tak ukur lg tapi dah hantar kain (butik tu kata lepas raya baru ukur)
  • hiv test
  • doorgift baru buat 5% (semua buat sendiri)
  • barang hantaran tak setel lagi
  • kad tunggu utk siap
  • dan bla bla bla
Pre wedding je dah buat 4 bulan awal ( awal gile kan?) since my photographer orang Taiping plus dah nak dekat puasa so taknak nanti rushing sangat sebab lagi dekat lagi banyak benda nak fikir. Ye dok?

Okaylah ade kerja. Ni pun curik-curik je guna pc ni. Nanti kite share about b2b preparation mana tau berguna. Selamat Menjalani Ibadah Puasa! Semoga amalan kita diterima hendakNya. InsyaAllah. :)

Okbai.

pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

Monday, April 27, 2015

#sweet escape : Langkawi Island Hopping (Day 2)

Assalamualaikum..

Kali ni nak sambung cerita Langkawi kelmarin. 

Untuk hari kedua kami kat sana kami memang dah plan nak ke Island Hopping. Island Hopping ni kira macam trip ke satu pulau ke satu pulau naik boat. Kalau dah sampai area Pantai Chenang memang banyak la yang buat trip ke sana, just book dan bayar je. Macam kami, booked sehari awal, RM30 per person. 

Bagi yang duduk dekat Pantai Chenang biasanya diorang akan fetch kite dekat hotel/chalet/motel tapi macam kami duduk luar Pantai Chenang so diorang pesan jumpa dekat Underwater World, Pantai Chenang. Ada dua trip, satu trip pagi dan satu lagi trip tengah hari tapi kami ambik trip pagi so tengah hari nanti banyak benda lain lagi boleh buat. So 9 pagi dah kena tunggu kat Underwater World tu.

First memang akan berkumpul ramai-ramai dan ikut orang mana yang kite amik dan naik boat dorang, macam kami naik boat 'abg mie' yang naik ngan kami (kami bertiga) ada dua couple arab dan satu indian family.

Ada boat yang boleh muat ramai orang, ada yang 9 orang. Tapi sebenarnya mana-mana pun okey je. Bagi yang pergi dengan geng yang ramai, lagi seronok la sebab boleh naik satu boat untuk diorang sahaja.



 Destinasi pertama dia bawak ke Pulau Dayang Bunting, dah dia bagi masa 1 jam untuk berjimba kat sini. Kat sini memang kena pakai track suit dan sandal je sebab kat sini kena naik tangga turun tangga dan berbasah-basahan so janganler pakai smart smart, rugi.




Kat Tasik Dayang Bunting ni boleh mandi manda. Syiok oh. Untuk orang yang tak konpiden dan tak pandai berenang macam kami boleh la sewa life jacket ni RM5 je kat sini sebab airnya boleh tahan dalam jugak la. Ade je aktiviti air lain macam kayak and cycle tu (tak sure nama dia ape) tapi macam rugi la baik mandi manda je. Tak puas satu jam kat sini, kan best kalau boleh tambah another 1 hour. 

Oh ya kami ada jugak prepare bawak nasik lemak untuk makan, mesti lapo punya. Tapi jaga-jaga, jangan bawak beg plastik, nanti kena ragut dek monyet. Slumber je monyet tu ragut air milo sorang budak ni pastu eksyen pulak tu minum depan kitorang. 

Lepas sejam kat sini, kena naik boat balik ke Pulau Singa Besar. Eagle feeding. Nasib kami kurang baik waktu ni sebab hujan dah mula rintik-rintik. Helang pun banyak yang menyorok.


Kite tengok awak dari jauh la ye. Dia takkan datang kat tempat yang banyak boat. Langit pun mendung je tu.

Selepas tengok helang-helang ni makan, kami ke Pulau Beras Basah pulak. Kat sini perghh memang lawo betul pantai dia, memang banyak mat salleh berjemuran. Kat sini pun diorang bagi 1 jam untuk berjimba.


Air nya yang biru, kagum betul. Kat sini pun boleh mandi, takyah sewa life jacket pun takpe, mandi la tepi tepi je. Tapi kat sini kami tak mandi dah, malas nak basah-basah sangat. Sejuk. Kat sini pun banyak private boat. Haa kalau nak merasa berenang dengan ikan kecik-kecik, kat sini pun boleh. Kalau nak jenguk dari atas je, bawak roti pastu bagi ikan makan, seronok tengok ikan berkumpul.


Lepas tuuuu balik! Berjemur dan makin hitam la tapi seronok sangat. So siapa yang baru first time nak datang Langkawi wajib try Island Hopping ni!


Sebagai kenang-kenangan kite beli piring tepek gambo muka kite ni haa masa balik dari Island Hopping tu. Entah bila ntah dia snap gambo ni, lain kali bagila tau, boleh say cheeeeeseeee. Ni muka kite ketat likat pekat. Asal boleh la kenangan. Hihi :) tu je.


Kbai!







pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

Sunday, April 26, 2015

#sweet escape : Langkawi (Day 1)

Assalamualaikum..

Kembali lagi. Baru beberapa hari pulang dari Langkawi. Short trip, short vacation, sweet escape yang jauh sikit. Hihi so nak share sikit la mana tau berguna jugak. 

Since masa haritu kite betul-betul baru habis night shift dan tiket flight tengah hari tu so agak rushing sikit dengan berbekalkan night off tiga hari. Tapi kena plan awal-awal la supaya semuanya smooth.

So touchdown Langkawi Airport dalam pukul dua lebih tiga macam tu, sampai je airport memang banyak la yang offer untuk sewa kereta. So bab tu memang tak perlu risau! Tapi sebabkan kami dah booked awai-awai sebab member suggestkan so kami dapat la Viva rm100 untuk dua hari. Kalau pandai cari, mungkin dapat lagi murah. Bab tu memang setel, sampai je sana brader tu dah tunggu.

ni kete sewa kitorang. bersih dan lawa lagi.

Memandangkan cuaca sekarang kejap hujan kejap panas, betul-betul masuk kereta terus hujan. Perut mestilah lapar kan. Memang kalau google mana-mana ramai yang suggestkan kedai yang berdekatan dengan airport ni, nama dia 'LAKSA POWER' dia macam stall lori tepi pantai, kalau makan situ memang syahdu betul rasa menghadap nature laut. Tapi kalau rasa macam cuaca hujan tu, better tunggu cuaca okay sikit sebab tak berbumbung tempat makan tu.



Tudiaaaa makan laksa dengan minum cendoii. Cendol dia bagi kite sedap sebab tak terlalu manis. Betoi-betoi kena dengan tekak ni. Sambil layan ombak kecil situ. And kadang-kadang nampak la kapal terbang landing kat belah sana.

Oh ya. Chalet kitorg check in haritu Teratak Sireh Lagenda. Jauh sikit la dari Pantai Chenang tapi dalam 5-10 minit ke airport. Harga pun not bad. RM70 per night. Kalo peak season RM80. Facilites okay. Ade wifi tapi kalau duduk bilik belakang belakang memang payah nak dapat.

Tudia cik Leya kite.

Lebih detail lagi boleh call je. Owner nya peramah dan senang nak communicate.

Ha letak sikit muka kite, ni chalet nye. Lawa kan.


Ni biliknya. Bukak pintu terus nampak katil, Belakang tu terus toilet. Kalau nak iron boleh mintak, nanti dia bagi. Oh ya tv pun ade astro cuma tak semua channel ada. Macam first night kite ade channel fox, second night dia tetibe bertuka ke cinemax dan esoknya astro prima pulak. Padahal memang tak usik or tukar channel lain pun. Tuala disediakan.

Dapat tahu chalet ni pun dari blogger someone jugak. Thanks kat akak blogger tu sebab update details. 
Sebenarnya kitorg dah survey dah motel murah kat area Chenang, Amzar Motel kalau tak silap. Harga dapat rm45, bila call nak book dia kata boleh walk in je tapi bila dah walk in dia cakap dah full, first come first serve gitu la. Yang tinggal paling murah pun RM75. Masa tu bukan taknak tapi sebabkan tak berapa kenan dengan cara dia so kami terus keluar. Dahla tak peramah, macam not welcoming. Tapi kalau boleh memang nak cari yang murah je sebab datang Langkawi bukan nak dok bilik je, nak jalan-jalan so rugi la kalau mahal. Bab tu settled.

Okay day one kitorg pegi Cable Car, waze je senang. Kitorang amik paling murah asalkan dapat naik atas tu. RM20 for cable car dan sky dome. Sky dome ni macam tengok panggung wayang tapi dia punya cinema bulat ke atas. Konon kite kat kerusi macam naik roller coaster and cinema dia tu rail la. Mak aih serius pening weh, rasa macam tak masuk pun takpe. Habis tu ke cable car.

View dari dalam cable car. Kali ketiga naik dan masih takut bila angin kuat.

Kite di Puncak!

Kat bawah-bawah tu sebelum naik ada la jual macam-macam and macam-macam aktiviti boleh buat tapi sebabkan aim kitorg memang nak naik cable car je so memang tu jela kitorg tuju. Puas hati!

Balik chalet, rehatkan badan lepas tu dinner kat area Chenang. Sini je pun yang hidup pada waktu malam, memang meriah dan macam-macam ada macam kat uptown, atm pun bersepah, restoran semua ada. Nak apa? Starbucks? Oldtown? Mcd? Kepsi? Subway? Semua adeeeeeee.
. Google makanan yang best kat sini, kitorang jumpa kedai Artisans Pizza. The best la. Pizza dia kita boleh pilih ape kite nak boh kat atas pizza tu. Untuk 3 orang makan dalam RM50 plus. Not bad la sebab sedap.

ni la #gengmanjamanja

macam pizza hut tahu!

Okay tamat dah day one at Langkawi! Sambungan day two nanti kite cite okeyyyy! 

Kbai! :)






pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

Wednesday, April 01, 2015

B2B preparation : Dulang Hantaran

Assalamualaikum..

Since a few months more to go ni, even adela beberapa preparation ni yang dah cari and dah buat sikit-sikit. Now masih pening mencari dulang hantaran. 

Fikirkan bajet dan kepuasan. Dok survey kat area Semua House tu range harga RM10 - RM30. Yang kite berkenan semua RM20 plus camtu. Nak pakainya dalam 9 dulang. Tu baru dulang, belum deco lagi. Google bridal yang buat sewaan pun lebih kurang je but include deco cuma deco dia tak berapa berkenan.

sumber dari gugel.

Memang dah usha exactly jenis macam ni tapi tulah, harga dia. Nak pakai sekejap je kan. Takpelah, 5 months more. Survey dulu, nanti dah dekat baru fikir (dah dekat nanti lah semua benda nak fikir) matilanakk. 

Kawan-kawan memang suggest untuk sewa je kat bridal. Hmm fikir nanti lah :D
Encik tunang kite awal-awal lagi dah beli. Kemahin lagi advance die tau!

Ada any suggestion tak??




pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

Monday, March 16, 2015

#fifyaddam Engagement Day

Assalamualaikum hai!

Syukur alhamdulillah almost 3 month being Addam's fiancee. Ya bukan senang nak ke arah ini. Dari alam percintaan nak ke alam pertunangan, macam-macam halangan dan dugaan. Baru tahu betapa susahnya menuju ke alam ini. Tapi syukur everything went well, setelah 4 tahun lebih berkawan, pada 20 December 2014, kite officially reserved by my mr Addam. Alhamdulillah alhamdulillah..


Alhamdulillah..  Pernah terfikir tidak akan bertunang sebab cik abang cakap mungkin taknak sebab dugaannya berat, ntah macam mana boleh sampai ke arah ni. 


Nervous moment ever. Malu-malu kucing rasa bila nak disarungkan cincin. Oh ya ni bakal mak mertua kite.


gadis gadis kite.


saudara-mara dan teman rapat.


outdoor.


photo by : qhaleshgraphy (IG/FB)

Ikutkan pada angan-angan pada mulanya memang nak tunang pakai baju macam trend sekarang lepas tu terfikir, kalau tunang dah nak macam kahwin, nanti kahwin nak macam mana? So try menggunakan bajet yang minima. 

Tak sangka jugak akan ada pelamin sebab terfikir nak buat idea DIY je tapi sebabkan buat dekat kampung, nak DIY sangat pun tak boleh sebab barang semua takde. And tercetusnya idea dari kakak sepupu untuk cari pelamin dari kawan beliau. Suka sangat pelamin dia, simple but nice sangat. Murah pun murah. Google area Johor kebanyakan pelamin cost nya about RM450 plus. Kalah kat KL, sini RM250 pun boleh dapat.

Beruntung sebab ada tulang belakang seperti mereka ni. About make up pulak memang tak perlu risau sebab kite memang ada kawan serba boleh so kawan kite Ti Syuhada ni yang mekapkan.

Sepatutnya baju tunang kite lain, warna peach and blue but mini pelamin dah decide warna purple gini so tukar lah baju tunang kaler pink belacan ni. And outfit dari atas sampai bawah idea dari Zulaikha. Dia yang tolong setelkn.

Oh ya, bunga tangan tu kite beli online, boleh la jenguk IG or FB  : Butik Airis Arissa.


Selesai sudah. A few months more akan ke new step. Doakan kite semoga semuanya berjalan dengan lancar. 

Thanks sudi baca!



pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

Tuesday, March 10, 2015

Wedding&E-Day 2014

Assalamualaikum hai.

Dia cenggini lah bila sehari dah seronok update, macam gian sikit hari-hari nak update.

Kali ni bukan nak menulis sangat tapi nak share gambo je sebab suka sangat pergi wedding orang ni. Sebab suka tengok pengantin lelawo pastu cuci mata mana tahu jumpa jodoh ke. Eh? Tidakler. Kebanyakkan wedding pegi dengan cik abang, mana ada masa cuci mata.


Wedding pertama 2014. 12 January, wedding pertama kawan lelaki, Aus dan Shima kat Cheras. Kawan sekelas masa sekolah menengah tingkatan 4-5. Perempuan sorang sebab kawan kelas kite dulu perempuan melayu tiga ketul je. Ni paling tak sangka kahwin awal sebab dia la paling main-main dalam kelas. :p



18 January 2014. Wedding classmate masa study kat KPJ College dulu dan juga merupakan agent insurans kite sekarang ni, Kak Ella Safuraa. So sesape yang perlukan khidmat insurans boleh la refer dia, sekarang dia fulltime insurans agent.



1 February 2014. Engagement Day of Nursazwani & Addin. Jau kite dengan Ieka berjalan sampai ke Muar untuk tengok Wanie ni tunang, tapi sampai-sampai je dah nak habis dah kendurinya. 



Terus ke bulan empat. 26 April 2014 wedding Jepot dan Mek kat Nilai, ni belah lelaki. Yang ni follow je cik abang sebab si Jepot ni kawan kelas dia mase kat kolej dulu and wife Jepot junior mereka. Masa ni seronok sebab malam sebelum wedding ni bbq kat Bagan Lalang, kire mini reunion buat mereka la.


Aha ni wedding wardmate atau senior ward kite, Kak Nazratul Aisyah 24 May 2014. Yang ni pun seronok sebab kitorang berkonvoi ke Raub, first time sampai sini.



7 Jun 2014, #fyzayie big day, Melaka. 
xray vs nursing



Ahaa 15 Jun 2014, Harris dan Wafa pulak, kedua-duanya satu kelas masa study kpj dulu. Ni ler antara classmates 2009-2012 dulu tuuuu, group 38.



17 August 2014, wedding kak Ti yang merupakan kakak daya yang pakai baju kuning ala-ala pengantin tu kat Dewan Perdana Felda. Ni kire mini reunion kami satu sekolah menengah yang rapat since form 1 hingga form 5. 


12 October, engagement day for Adha (laki tu) dengan Ara.
Segambut.


Kali ni jauh sikit ke Kuala Selangor, 16 November. Dah alang-alang jauh ke Bukit Melawati pulak la lepas tu main dengan monyet :)



29 November #wanieaddin big dayyyy. February haritu ke Muar datang masa mereka ni tunang, kali ni datang mereka dah kawengggg! Bila si pengantin lelaki bawak geng dari Sg Buloh ke Muar....


6 December, belah perempuan pulak kat Sg Buloh. Masa ni jadi pengapit pengantin perempuan pula. hehehe #wanieaddin reception



------------------------------------------------------------------------

Ok last soklan feberet, fify addam bila lagi?


Tunggu next entry. Hihi

thanks sudi baca!








pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU