Wednesday, May 15, 2013

Vacation mode : Melaka here I come! [part 2]

Assalamualaikum!

Okay continue part 2 ataupun day 2 di Melaka. Pagi-pagi dah bangun semangat nak berjalan sebelum tu sarapan dulu, teringin nak makan roti canai tapi kedai ni takde pulak so kite makan mihun goreng.

Bismillah...

Lets go awak :)

Banyak lagi sebenarnya gambar haiwan-haiwan comel ni yang sempat kite dan cik abang snap tapi macam malas sangat je nak upload hahahaha. Banyak sangat. 


Masa ni dah berpeluh-peluh dah kat situ. Tahu lah Malaysia sekarang kemain bahang lagi. Ni kan kitorang yang keluar tengah-tengah hari yang panas. Eh pagi sebenarnya tapi panas. Jauh perjalanan dalam Zoo ni sampai melecet kaki, ni pun tak habis jalan sebab kaki dah sakit. 

Nak masuk Zoo Melaka ni murah je RM10 sorang. Ni semua kalau tak silap lah. Cik abang bayarkan, so kite tak tahu sgt. Masa kite g ni weekdays so tak ramai orang sangat pun, foreigner ade la. And kalau nak beli ole-ole, kat luar Zoo ade jual. Keychain and segala benda alah. Kat sini pun guna parking berkupon so kat sini la kitorang baru beli kupon parking yang boleh guna untuk satu hari.

Lepas tu lepas tu kitorang pergi lunch dekat Restoran Tun Teja.

Taraaa dapat jugak makan asam pedas Melaka.. Yummy yummy! Ni one set sebenarnya siap sayur semua. Kite boleh pilih nak ikan dan sayur ape, so kite pilih ikan pari la ofkos dengan sayur kangkung.

Lepas makan yummy yummy tu pun dah pukul 3 lebih camtu so decide nak lek lu, ingat petang nak pergi ke Bandar Hilir lagi taaaaaaapi! Hmmmm malam la nampaknya sebab driver penat. First cari makan dulu sebab kite kebulur. Ingat nak cari cikencop tapi tak tahu kat mana. Sebabkan sebelum tu kite merajuk so cik abang bawak kite makan Pizza Hut dekat Mahkota Parade jugak.

Ya Allah nikmatnya dapat makan Pizza Hut.

Then baru shoot ke River Cruise. Ingatkan dah tutup sebab kitorang dah lambat tapi nasib baik ada lagi. Happy me \^.^/ harga nak naik River Cruise tu RM10 sekepala. Kite ade kupon 20% diskaun tapi lupa nak tunjuk! Tapi takpelah.

Cantik kan pemandangan malam kat Melaka ni.. Masa kat river cruise ni macam-macam tempat kite akan lalu. Cantik belaka.

Dalam cruise.

Balik lepak gerai makan area situ sebab haus gila!! Selalu mesti order milo ais tapi sebab haus, teh o ais pun boleh.

Day 3......

Masa untuk pulang. Tapi sebelum tu kite singgah sini dulu.

 Coconut shake!! Yang sangat popular dekat Melaka ni.

 Untuk dua orang. Coconut shake dan nasik lemak ehem ehem. Mana cukup satu. Hihi dah dapat ni baru puas. Siap tapau lagi coconut shake.

Terima kasih cik abang untuk 3 hari yang awesome ni. Love you.

Kbye.





pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

Vacation mode : Melaka here I come! [part 1]

Assalamualaikum...

Hihihi kembali! Awal May haritu ada apply cuti. Eh takdelah awal May sangat tp kira awal jugak la. Sebenarnya apply cuti sebab ade pertandingan kawad kaki peringkat negeri. Kite nak join!! Taknak jadik macam hari tu. Pergi kejap je sebab petang kerja, serius penat! Lepas tu tahu-tahu postpone pulak. Dengan gembiranya, tukar plan!!! Eh tapi memang nak pergi bercuti pun tapi tak tahu bila. Ni dah alang-alang! :D

Kite ke Melaka!!!

Kite gerak dalam pukul 11 camtu, singgah bercool blog kejap dekat R&R Seremban then terus ke Melaka. Sampai je lek lek dulu, then shoot ke Mahkota Parade sebab nak carik lunch. Berluncheon Kepsi. Yummy yummy. Dah kenyang baru boleh berjalan.



Cantik kan Bandar Hilir Melaka ni.


Masa jalan-jalan kat Bandar Hilir ni awan dah berarak mendung dah. Amik gambar cecepat, lepas tu gerimis mengundang pulak. Kitorang pun terus rushing masuk kereta. Lagipun kitorang park kat tempat parking berkupon, masa tu tak beli kupon lagi. Al-maklum lah tak berapa biasa dengan Melaka, tak tahu nak beli dekat mana.

Tapi kalau nak beli, boleh beli dekat pondok yang ada berdekatan dengan area Dataran Pahlawan or mana-mana tempat yang ada pondok kecik. Rm5 untuk satu hari kalau tak silap, kite pun tak ingat tapi lebih kurang macam tu lah. Just letak kupon tu atas dashboard kereta. Boleh guna kat mana-mana tempat pun kat Melaka tu.

Lepas tu tak tahu nak pergi mana, cik abang tanya nak pergi Pantai Klebang ke Tg Bidara? Alamak kite tak suka buat pilihan so kite tak kesah pun. So last last dia ajak kite usha tempat nak makan ikan bakar malam tu. Dekat area Crystal Bay. Dah usha, pusing pusing area situ jumpa pulak laut. Ape lagi, singgahlah.

Really adore this, sunset. Cantik sangat.


Lawa kan?

Okay dinner time!

This is our dinner. Jenahak bakar, kupang dengan sotong goreng tepung. Kenyang gila.

 Abang-abang gomen kalau dah jumpa, terpaksalah 'akak' swasta ni diam dan dengar je.

 See! Makan dengan nasik lemak je tau.

Haaaaa nama tempat kitorang makan ni 'Alaaa Kassim', restoran ni area Crystal Bay yang kite cakap tulah. Boleh tahan la, memang sedap cuma kite tak dapat nak menghabiskan lauk-lauk ni sebab terlalu banyak!! Yang popular ikan bakar dekat Umbai, tapi cik abang taknak, dia nak pegi sini jugak. Nasib baik sedap!

Berakhirlah day 1 di Melaka.

Sambung nanti, ada kerja :p

kbye.



pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

Friday, May 03, 2013

I-City #TripleDate

Assalamualaikum..

Hihihi ade function, adelah entry.. 1st of May, semorang cuti so bajet nak triple date dekat Sunway Pyramid so dapat jugak main ice skating. Lama gila tak main. Tapi sehari sebelum tu dah pujuk encik boipreng nak pergi sana tapi dia berkeras. Bila dia berkeras, mulalah kite tarik muka lepas tu mesti kite kena marah balik. K fine. Tak jadi la tu. Kite pun redha, tulah siangnya kite dating dengan Rara & Liza.

Tetibe terdetik hati ni nak ajak lagi, tapi kali ni pergi I-City pulak. Setelah dipujuk n bagitahu siapa yg pergi, dia pun on. Tulah orang kata 'tak salah mencuba' hihi tapi dengan syarat, kite kena drive. Cis pemalas. Ok la lepas deal dengan Rara & Wanie, dorang pun on.

Jumpa di rumah encik boipreng kat Sg Buloh dengan Rara. Lepas dah jumpa dorang, yay nasib baik dengan rela hati Naz nak drive sampai ke I-City. Wanie dengan Addin naik kereta dorang. Kitorang berempat naik satu kereta.

The heroin. Fify, Wanie dan Rara. Kami bertiga adalah Johorean. Hihi :p

The hero. Addin, Addam, Naz. Mereka bertiga Selangorean. Eh?


Yang ni sumpah mengada nak love love konon. Hahaha.


First time lepaking together.

My punching bag. Love you. Mengada nak cekak mickey tu, tak malu betul.

Addin & Wanie. Addam & Fify. Naz & Rara.

Sepatutnya Leya dengan Ali pun ada tapi dorang punya kereta problem di tengah jalan.

Sakian,
Kbai.

pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU

Day with gossip girls.

Assalamualaikum..

Hari Buruh, kebetulan cuti kerja malam. Cis rugi, kalau tak boleh dapat triple pay. Sobsob. Tapi takpe, inilah masanya nak lepak dengan gegirls I yang susah nau nak jumpa Rara dan Liza. Mereka kerja opis hour, I pulak shift. Rara ni walaupun kerja satu hospital, rasanya dalam dua minggu tu sekali je kot baru dapat terserempak. Tapi tu pun TERSEREMPAK. It has been almost a year tak meet my baby girl Liza. Dia ni pun satu, kerja dekat hospital yg sangat sangat dengan hospital kitorang tapi haa macam tu jugaklah, payah nak jumpa. So inilah masanya!


Fetch Rara first. We decided nak pergi carik makan sementara tunggu Liza. Tapi tapi bila lalu depan KL Festival City, parking macam full. LUPA! Hari Buruh! Damn. Then shoot ke Carre4 Kepong sebab ingat nak makan Pizza Hut tapi tapi Pizza sana dah tak bukak dah. Hampa, dahla lapar. Lama kelamaan kitorang terus tunggu Liza dan terus pergi makan dengan dia.

Lepak Old Town White Coffee Jalan Pahang. Bergosip cerita tentang kerja masing-masing, life sekarang dan macam-macam benda lagi. Lama gila.

Camera Freak dalam kereta selepas kenyang.

My baby girls. Liza dah semakin kurus beb. Hoho ni la geng wa masa praktikal kat Puteri Specialist Hospital masa sem 5 and sem 6. Love this girls!

Last but not least.

Since 2011. Johor Bahru. Muka innocent lagi ni. Hihi 

Takde motif sangat update belog kali ni.
Kbai.




pen merah pen biru, you marah ILOVEYOU